Pengenalan
Unsur fizikal dalam bilik pembelajaran
Interaksi dalam bilik pembelajaran
Iklim pembelajaran positif
Peranan daripada guru
Konsep dan Teori
Pada asasnya, bilik pembelajaran adalah tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dimana maklumat dan ilmu pengetahuan diberi & diterima.
Cth: bilik multimedia, bilik Bahasa, bilik musik, perpustakaan, padang & etc.
Proses perancangan untuk membentuk dan mengekalkan suatu alam belajar dan iklimnya yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran, demi mencapai objektif pelajaran yang telah ditentukan.
Strategi Perancagan
Perlakuan mengajar guru dalam segala proses perancangan adalah penting dari segi pencapaian objektif pelajaran yang ditentukan. Sekiranya perancangan guru adalah sesuai, ia akan melicinkan pelaksanaannya, dan seterusnya mencapai objektif pelajaran yang telah ditetapkan.
Setiap perancangan aktiviti pengajaran & pembelajaran harus ditentukan bagi objektif pelajaran aktiviti tersebut (berdasarkan saranan sukatan pelajaran, kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid), pemilihan isi pengajaran yang sistematik dan menarik, penyediaan bahan-bahan pelajaran mengikut kesesuaian, dan penyediaan serta pengurusan bagi kemudahan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran contoh seperti penyusunan kerusi-meja murid dalam bentuk yang sesuai dengan strategi dan kaedah dalam sesuatu pelajar.
Strategi Pelaksanaan
Pencapaian objektif pelajaran hanya dapat dikecapi apabila guru cekap mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (pdp) dalam bilik pembelajaran.
Pelaksanaan meliputi aktiviti memotivasikan murid-murid agar mereka bersedia untuk belajar, menyampaikan isi pelajaran, membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pelajaran, mengurus murid-murid supaya mereka mempunyai disiplin diri, mengerakkan murid murid dengan aktiviti soal jawab supaya mendapat gerak balas mereka dan interaksi yang positif, membimbing murid menjalankan aktiviti pengukuhan, memberi peneguhan dan menutup pelajaran dengan teknik yang sesuai dengan tujuan mendapat pengulangan tingkah laku yang positif pada masa depan.
Strategi Penilaian
Strategi ini merupakan satu usaha guru untuk menilai keberkesanan pdp berlandaskan penggunaan strategi, kaedah, teknik mengajar, prestasi murid dalam aktiviti pembelajaran.
Tujuan strategi ini adalah sebagai pengukur kemajuan dan perkembangan murid-murid. Sekaligus, guru dapat mengesan kelemahan pengajaran dan pembelajaran (pdp).
Keberkesanan penggunaan bahan-bahan pengajaran juga dapat dinilai dari segi penggunaannya dalam aktiviti pdp. Selepas membuat penilaian, guru harus membuat refleksi proses pdp sama ada objektif pelajaran tercapai atau tidak agar dapat merancang pengubahsuaian untuk penambahbaikan, merangka strategi baru atau menukar bahan pengajaran agar murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dapat dibantu dan menguasai kemahiran yang sepatutnya diajarkan.
Objektif Kajian
Menjelaskan dengan lebih terperinci tentang definisi bilik pengurusan pembelajaran & jenis-jenis bilik pembelajaran.
Mengetahui dengan lebih mendalam tentang kepentingan bilik pengurusan bilik pembelajaran.
Mengenal pasti peranan guru dalam setiap pengurusan bilik pembelajaran yang berbeza.
Menguasai kemahiran mencari, merekod, mengumpul dan menganalisi maklumat.
Kaedah Kajian
Kepelbagaian kaedah kajian yang digunakan adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat dan memastikan maklumat yang diperolehi tepat dan jelas serta benar.
Kaedah pemerhatian: Untuk mengukur pembolehubah kajian ini.
Kaedah Temubual: Untuk mendapatkan matlumat pengumpulan data yang melibatkan interaksi antara dua pihak atau lebih iaitu antara penemu bual dan pihak yang ditemu bual.
Kaedah Perbincangan Kumpulan: Perbincangan antara ahli kumpulan sangatlah penting untuk mencapai kata sepakat dan untuk mendapatkan kerjasama dari semua pihak sepanjang menjalankan kajian
Kaedah Rujukan: Diperolehi melalui rujukan daripada mana-mana sumber rujukan:
Sumber Bahan Elektronik
Sumber Bahan Bercetak
Dapatan Kajian
Penggunaan bilik pembelajaran yang sesuai mengikut mata pelajaran: Menggunakan infrastruktur yang disediakan mengikut pengajaran mata pelajaran yang dilaksanakan.
Pengurusan disiplin pelajar: Penerapan nilai murni dan sikap terpuji dalam diri pelajar berdasarkan jenis bilik pembelajaran.
Mewujudkan suasana kondusif dan positif: Membolehkan interaksi di dalam bilik pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
Kemahiran dalam mengendalikan aktiviti sesi PdP: Usaha untuk menarik perhatian dan mengekalkan fokus pelajar terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran.
Manfaatkan kemudahan yang disediakan di sekolah: Setiap kemudahan dan fasiliti yang disediakan perlu digunakan sebaiknya sesuai dengan sesi pengajaran yang dijalankan.
Pembentukan interaksi dalam bilik darjah:
Interaksi Sehala atau Tradisional- Ciri -ciri nya adalah seperti interaksi bilik darjah ditentukan oleh guru kelas. Tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid. Kesanya,murid tidak dalam P&P secara aktif.
Interaksi Dua Hala antara Guru dan Murid- Ciri-cirinya adalah aktiviti bercirak aktif , perhubungan guru dan pelajar menjadi semakin rapat, menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam proses P&P dengan menyoal dan meminta pendapat.
Interaksi Dua Hala antara Murid dengan Murid- Ciri-ciri nya adalah, aktiviti pembelajaran aktif dan dinamik , perhubungan antara murid dengan murid dapat dieratkan.
Interaksi Pelbagai Hala antara Guru dengan Murid dan Murid Dengan Murid- Ciri-ciri nya adalah komunikasi berkesan berlaku , penyertaan aktif murid dalam P&P dan suasana yang konduktif untuk mengendali P&P.
Interaksi Berkomputer-Ciri-cirinya interaksi dalam bilik darjah menjadi lebih efesien untuk guru menjalani ujian melalui computer. Ujian ini dapat menjimatkan masa guru.
Analisis Data
Berdasarkan daripada dapatan kajian dalam pengurusan bilik darjah dan keberkesanan guru, yang telah kami perolehi, kami telah mengklasifikasikannya ke dalam tiga fungsi utama itaitu: perancangan, pelaksanaan dan juga penilaian terhadap pencapaian pelajar dan juga sekolah. Selain itu, kemudahan dan kelengkapan sekolah juga memainkan peranan yang amat penting dalam memudahkan sesi p&p berlangsung. Berikut merupakan analisa data yang telah diklasifikasikan.
Rumusan
Apa yang kami dapat hasil daripada kajian yang telah dilakukan di sebuah sekolah di Taiping Perak di bawah tajuk Strategik Pengurusan Bilik Pembelajaran adalah seperti berikut:
Memenuhi sebahagian daripada tugasan dibawah kursus KPF 3014.
Berpeluang untuk pergi ke sekolah dan didedahkan dengan keadaan suasana sekolah yang serba moden berbanding dahulu.
Mengetahui lebih lanjut apa itu 'Strategi Pengurusan Bilik Pembelajaran'.
Mempelajari dengan lebih mendalam tentang kepentingan Pengurusan Bilik Pembelajaran.
Melihat perbezaan Pengurusan Bilik Pembelajaran yang disediakan antara sekolah harian dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Melihat peranan guru dalam setiap pengurusan bilik pembelajaran.
Perkembangan pendidikan sekolah ini dapat dilihat dari segi perkembangan teknologi.
コメント