Pengajian pendidikan terdiri daripada Sosiologi Pendidikan, Psikologi Pendidikan, Falsafah Pendidikan, Pedagogi, Penilaian dalam Pendidikan dan Teknologi Pendidikan.
1. Sosiologi Pendidikan
Kajian sistematik dan saintifik (penting dalam pendidikan kerana bidang pendidikan mempunyai ciri-ciri sains) tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut
Pendidik perlu tahu sosiologi kerana:
Mengenal peranan mereka dalam dunia sosial.
Melihat kehidupan dirinya dan kehidupan orang lain sebagai berada pada struktur sosial tertentu.
Berkhidmat di dunnia pendidikan yang dikelilingi masyarakat.
3 teori Sosiologi Pendidikan:
Fungsionalsime- Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat
Konflik- Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat contohnya, Persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya.
Kajian Masyarakat
2. Tokoh Sosiologi Yang Terawal
Ibnu Khaldun
Augustus Comte
Karl Marx
Emile Durkheim
Max Weber
George Herbert Mead
3. Tokoh Lain
Herbert Spencer: Perkembangan masyarakat berlaku secara evolusi
Pierre Bourdieu: Habitus, Modal Budaya, Penganiayaan Simbolik
C Wright Mills: Imaginasi sosiologi
Basil Bernstein: Kod sosial/bahasa
David Hargreaves: Konsep guru dan interaksi
4. Konsep Teori Sosialisasi
Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Teori ini memberi perhatian kepada perkembangan kognitif, pemerolehan moral, perkembangan kemahiran sosial.
5. Jenis Sosialisasi
Sosialisasi Permulaan (Primer) - Berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang. Di peringkat ini kanak-kanak belajar dari orang dewasa/ ahli keluarga bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penakulan dan kemahiran bahasa.
Sosialisasi Sekunder - Satu proses sosialisasi rangsangan di luar lengkungan primer (keluarga). Proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa, bahan ditonton/ dibaca, sekolah, gender, kelas sosial dan ras. Individu akan memilih peranan sendiri yang dirasakan sesuai untuk dirinya
Sosialisasi Semula (Resosialisasi) - Proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada. Boleh berlaku dalam situasi perubahansuasana, citarasa sama ada dalam masyarakat,sekolah, bilik darjah dan lain-lain.
6. Faktor yang melengkari Sosialisasi
Keluarga
Agama
Pendidikan
Ekonomi
Kerajaan/ suasana persekitaran politik
Comments